Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Khas Narkotik: 11 suspek ditahan di Lawas
  • JENAYAH

Ops Khas Narkotik: 11 suspek ditahan di Lawas

Utusan Sarawak 3 hours ago
OPS KHAS NARKOTIK… Sebelas suspek bersama dadah jenis syabu berjaya dirampas dalam operasi berterusan PDRM Lawas memerangi dadah.

LAWAS: Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama IPD Lawas telah melancarkan Operasi Khas Narkotik di sini bermula 10.00 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata seramai 11 orang tempatan terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berjaya ditangkap dalam operasi tersebut.

“Anggaran berat kasar dadah jenis syabu yang dirampas ialah 78 gram dengan nilai sekitar RM8,850, selain rampasan wang tunai berjumlah RM1,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara tangkapan termasuk seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun (penganggur) yang ditahan di pekan Sundar mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, bersama rampasan syabu seberat 60 gram. Suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing adalah negatif.

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun (penganggur) pula ditahan di Merapok mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952, dengan rampasan syabu seberat 17 gram. Suspek tiada rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing adalah negatif.

Seorang wanita tempatan berusia 34 tahun (penganggur) ditahan di sebuah kampung di Merapok mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, bersama rampasan syabu seberat 0.8 gram. Suspek tiada rekod kesalahan lampau tetapi ujian air kencing mendapati positif methamphetamine dan amphetamine.

Sementara itu, seramai enam lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 33 hingga 59 tahun dengan pekerjaan sebagai buruh, nelayan dan suri rumah turut ditahan di beberapa lokasi sekitar Sundar.

Mereka ditangkap mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952 selepas ujian air kencing mendapati positif amphetamine. Semakan lanjut mendapati semua suspek mempunyai antara dua hingga lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kesemua suspek kini ditahan di Balai Polis Lawas untuk siasatan lanjut.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak periksa 124 kenderaan dalam Ops Gempur di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.