Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Kesan: AADK Miri tahan 18 individu, jalani pemulihan di PUSPEN
  • JENAYAH

Ops Kesan: AADK Miri tahan 18 individu, jalani pemulihan di PUSPEN

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHAN… Individu yang ditahan oleh AADK Miri dalam Ops Kesan di Daerah Subis, semalam. Foto AADK Miri

MIRI: Seramai 18 individu berumur 20 hingga 53 tahun ditahan dalam satu Ops Kesan yang diadakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri, semalam.

Kenyataan AADK Miri hari ini berkata, dalam Ops Kesan tersebut seramai tujuh lelaki ditahan di Subis dan 11 lelaki lagi ditahan di kawasan Miri.

“Kesemua individu berkenaan ditahan kerana gagal hadir semasa dalam tempoh jaminan yang ditetapkan oleh pihak AADK.

“Semua individu yang ditahan telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching selama dua tahun. Seterusnya, pengawasan dua tahun di bawah peruntukan Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

TAHAN… Individu yang ditahan oleh AADK Miri dalam Ops Kesan di Miri, semalam.

Terdahulu, AADK Miri telah menahan seramai 24 orang individu kerana disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana Sarawak dan Operasi Bersepadu bersama rakan strategik di kawasan Miri dan Subis.

Kesemua individu yang ditahan positif ujian saringan awal dadah jenis methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan 1983.

TAHAN… Individu yang ditahan oleh AADK Miri dalam Ops Kesan di Miri, semalam.

Tambahnya, operasi yang bermula seawal 8.00 pagi itu melibatkan kekuatan seramai 14 pegawai AADK di beberapa lokasi berasingan di sekitar Subis dan Miri.

Operasi ini dilihat sebagai usaha berterusan AADK dalam memastikan kepatuhan terhadap perintah jaminan serta komitmen serius agensi dalam memulihkan individu yang terlibat dengan penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki serang isteri dan anak diperintah reman enam hari di Sibu
Next: Tiada unsur jenayah dalam kes wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.