Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops HRA 2026: JPJ Sarawak pergiat rondaan di Betong, 25 kenderaan diperiksa
  • Tengah
  • WILAYAH

Ops HRA 2026: JPJ Sarawak pergiat rondaan di Betong, 25 kenderaan diperiksa

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELAKSANAAN Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 menerusi operasi rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi sekitar Bandar Betong, Pusa dan Saratok. Foto: JPJ Sarawak

BETONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiat pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 menerusi operasi rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi sekitar bahagian ini.

Menurut kenyataan media JPJ Sarawak, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Cawangan JPJ Betong dengan tumpuan di kawasan Bandar Betong, Pusa dan Saratok bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap optimum.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 25 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa melibatkan kenderaan persendirian dan komersial.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan utama telah dikenal pasti, termasuk pemandu yang tidak memiliki lesen memandu sah serta kenderaan tanpa nombor pendaftaran.

Selain itu, turut dikesan pelbagai kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan, yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya sekiranya tidak ditangani.

Pihak JPJ Sarawak memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil terhadap semua kesalahan yang dikesan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPJ dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya khususnya musim perayaan Aidilfitri yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan, mengamalkan pemanduan berhemah serta mengutamakan keselamatan dalam setiap perjalanan demi kesejahteraan bersama.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Terminal kapal persiaran moden bakal pacu lonjakan pelancongan di Damai
Next: Tekanan air rendah di Lorong Sungai Tapang 3 cetus gesaan tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.