Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Harian JPJ Serian periksa 120 kenderaan di beberapa jalan utama
  • JENAYAH

Ops Harian JPJ Serian periksa 120 kenderaan di beberapa jalan utama

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menjalankan pemeriksaan kenderaan sempena Ops Harian di sekitar Jalan Kuching–Serian dan Jalan Serian–Balai Ringin, semalam. Foto JPJ Kuching.

SERIAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Operasi Stesen Penguatkuasa Serian telah melaksanakan Ops Harian melalui aktiviti rondaan dan pemantauan penguatkuasaan di beberapa laluan utama di sini, semalam.

Operasi tersebut melibatkan kawasan Jalan Kuching–Serian, Samarahan serta Jalan Serian–Balai Ringin, yang dikenal pasti sebagai laluan berisiko tinggi melibatkan pergerakan kenderaan perdagangan dan persendirian.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 120 kenderaan telah diperiksa melibatkan kenderaan perdagangan dan persendirian.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah, membawa muatan melebihi had yang dibenarkan, pelanggaran syarat permit LPKP serta lain-lain kesalahan berkaitan aspek teknikal kenderaan,” menurut kenyataan itu.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan, menyeluruh dan berfokus sebagai langkah pencegahan awal bagi meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Tambahnya, usaha berkenaan juga bertujuan memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara, khususnya di laluan utama yang mempunyai kadar pergerakan trafik yang tinggi.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Unit Risikan Marin PPM Wilayah 5 bongkar gudang, rampas barang kawalan RM1.4 juta di Bau
Next: JPJ Sarawak laksana tiga Ops Khas, pemandu warga asing ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.