Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Aidilfitri 2023: Tiada lesen memandu antara kesalahan dikesan JPJ
  • WILAYAH

Ops Aidilfitri 2023: Tiada lesen memandu antara kesalahan dikesan JPJ

Utusan Sarawak 2 years ago

KAPIT: Tiada lesen memandu merupakan antara kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya di sini dalam Ops Hari Raya / Aidilfitri (HRA) 2023 yang bermula sejak 18 April lalu.

Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kapit berkata, sepanjang operasi tersebut di sekitar Bandar Kapit, beberapa saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang berteraskan sembilan kesalahan utama ini adalah memastikan penguna jalan raya sentiasa patuh dan hormat dengan undang – undang sedia ada selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Untuk rekod semasa operasi ini beberapa notis ketidak akuran telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan.

Antara notis ketidak patuhan jalan raya yang di kesan semasa operasi ini adalah seperti tiada lesen memandu,tiada lesen GDL dan tiada cukai jalan.

Pihak JPJ turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan undang- undang sedia ada.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Continue Reading

Previous: Syawal bakal disulami kesyukuran buat dua warga emas
Next: Awang Tengah adakan rumah terbuka Aidilfitri di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.