

MUKAH: Cukai jalan tamat tempoh, kegagalan menyelenggara kenderaan dengan baik, pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan tanpa kelulusan, dikesan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mukah semalam.
JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, sebanyak 142 buah kenderaan melibatkan kenderaan persendirian dan perdagangan telah diperiksa dalam operasi tersebut.


“Operasi tersebur dijalankan melalui aktiviti penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan bandar Mukah,” ujarnya.
Tegasnya, JPJ Mukah akan terus komited melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Oleh Akun Giman