Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Gegar dan Ops Selera: Imigresen Sarawak gempur kegiatan haram di Kuching
  • JENAYAH

Ops Gegar dan Ops Selera: Imigresen Sarawak gempur kegiatan haram di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago

BAHAGIAN Penguatkuasa Imigresen Kuching melaksanakan Ops Gegar dan Ops Selera di sekitar bandar raya Kuching, semalam. Foto JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak terus memperkukuh usaha membanteras kegiatan haram apabila Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching melaksanakan Ops Gegar dan Ops Selera di sekitar bandar raya Kuching, semalam.

Operasi bersepadu itu memberi tumpuan kepada kawasan Premier 101, Matang dan Malihah, melibatkan pemeriksaan pusat hiburan serta premis makanan yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Menurut JIM Sarawak, Ops Gegar dilaksanakan di dua lokasi dengan fokus terhadap warga asing yang bekerja di pusat hiburan, manakala Ops Selera pula menyasarkan premis yang berselindung di sebalik perniagaan makanan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JIM, Basri Othman, bersama Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching, Yusdi Morshidi, turut hadir memantau operasi berkenaan sebagai tanda komitmen serius jabatan tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap 54 individu, seramai 17 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” kata kenyataan itu.

JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi sebegini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang selain membanteras aktiviti haram yang menjejaskan keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tumpaskan kes pecah rumah di Kampung Tuie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.