Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops Gawai 2023: 4,760 kenderaan diperiksa, 430 notis ketidakakuran dikeluarkan
  • TEMPATAN

Ops Gawai 2023: 4,760 kenderaan diperiksa, 430 notis ketidakakuran dikeluarkan

Utusan Sarawak 2 years ago
Anggota JPJ Negeri Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah kereta sempena Ops Gawai 2023 bermula 29 Mei sehingga 4 Jun lalu.

KUCHING: Sebanyak 4,760 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah berkenaan, 430 notis ketidakakuran dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak sempena Ops Gawai 2023.

Notis ketidakakuran yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya adalah atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi ini adalah seperti tidak menggunakan tali pinggang keledar,memotang di garisan berkembar, tiada lesen memandu,ubah suai kenderaan dan lain lain kesalahan.

Untuk rekod, Ops Gawai bermula pada 29 Mei dan berakhir 4 Jun lalu melibatkan seluruh cawangan JPJ Sarawak.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan memastikan kenderaan yang digunakan mematuhi undang-undang yang dibenarkan.

Pihak JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patuh kepada peraturan dan undang- undang sedia ada.

Untuk sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Continue Reading

Previous: 15 pemain sape sahkan kehadiran sertai bengkel 19-22 Jun ini
Next: Pengiktirafan cogan ‘Segulai Sejalai’ penghormatan kepada Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.