Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops Cabut: Iklan tanpa kelulusan disabitkan kesalahan boleh dihukum denda – MPP
  • TEMPATAN

Ops Cabut: Iklan tanpa kelulusan disabitkan kesalahan boleh dihukum denda – MPP

Utusan Sarawak 2 years ago
Antara anggota Unit Penguatkuasaan pihak Majli Perbandaran Padawan (MPP) ynag turun padang sepanjang berlangsungnya Ops Cabut di sekitar Taman Genesis, Taman Green Acres, sepanjang jalan lampu isyarat Batu Kawa-Malihah dan Malihah-Matang, semalam.
Foto Facebook Majlis Perbandaran Padawan

KUCHING: Sebanyak 16 unit papan tanda iklan milik pelbagai syarikat dan perniagaan tanpa kelulusan di sekitar kawasan komersial beberapa taman telah dicabut dan disita menerusi Ops Cabut yang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), semalam.

MPP dalam laman sosial menerusi Facebook rasminya memaklumkan  operasi melibatkan kawasan komersial di sekitar Taman Genesis, Taman Green Acres, sepanjang jalan lampu isyarat Batu Kawa-Malihah dan Malihah-Matang.

Menurut kenyataan itu, papan tanda iklan tersebut kebanyakan didirikan di sepanjang jalan utama serta menghalang pandangan keluar dari simpang jalan dan juga lampu isyarat.

Justeru, MPP menasihatkan mana-mana pihak baik syarikat, premis perniagaan dan individu persendirian yang ingin mendirikan dan mempamerkan iklan papan tanda untuk memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak majlis.

Pihak majlis turut memaklumkan bahawa perbuatan mendirikan atau mempamerkan papan tanda iklan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa lesen yang di keluarkan oleh PBT adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (Iklan) 2012.

Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan.

Continue Reading

Previous: AIFFA 2023: 100 pelajar universiti Asia berdaftar terokai industri filem
Next: Jepun sumber inspirasi Sarawak perkasa operasi pelabuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.