
KUALA LUMPUR: OPPO, jenama peranti pintar global terkemuka hari ini melancarkan OPPO Pad SE, sebuah tablet serba boleh dan dipercayai yang direka untuk memenuhi keperluan seisi keluarga serta pencipta kandungan yang aktif bergerak.
Dalam kenyataan hari ini, OPPO memaklumkan bahawa model OPPO Pad SE dengan storan 4GB + 128GB ditawarkan dalam dua pilihan warna bergaya iaitu Starlight Silver dan Twilight Blue, dan kini dibuka untuk pratempahan sehingga 24 Mei.
Menurut OPPO, tablet berkenaan ditawarkan pada harga promosi RM599 selepas rebat segera RM100 (harga asal RM699), dan boleh didapati di OPPO Online Store, TikTok Shop, Shopee serta Lazada.
“Pembeli turut berpeluang mendapatkan sarung OPPO Pad SE (RM99) pada harga RM1 sepanjang tempoh promosi,” menurut kenyataan itu.
Tablet dengan ketebalan hanya 7.39 milimeter (mm) dan kapasiti bateri 9,340mAh ini direka untuk penggunaan sepanjang hari, memberikan sokongan yang mencukupi untuk penstriman, pembelajaran dan produktiviti dalam apa jua persekitaran.
Antara ciri utama OPPO Pad SE ialah Paparan Matte Antipantulan yang memberikan pengalaman tontonan lebih selesa walaupun dalam pencahayaan terang, selain Mod Kanak-Kanak diperibadikan yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
Tablet ini turut dilengkapi ciri pintar seperti Google Gemini, O+ Connect dan Pembantu Catatan berasaskan AI, sekali gus meningkatkan sambungan, produktiviti dan kreativiti sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.
Bagi pengguna yang bergantung pada tablet untuk tujuan kerja dan hiburan, OPPO Pad SE menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama serta pengecasan pantas bagi menyokong penggunaan sepanjang hari, menurut kenyataan OPPO.
“Baterinya yang terunggul dalam kelasnya berkapasiti 9,340mAh mampu menyokong sehingga 11 jam tontonan video secara berterusan atau 80 jam main balik muzik tanpa henti, manakala teknologi 33W SUPERVOOC™ membolehkan pengguna kembali menikmati kandungan kegemaran mereka dengan pantas tanpa gangguan yang berpanjangan,” menurut OPPO.
OPPO Pad SE turut dilengkapi dengan Mod Penjimatan Kuasa Pintar yang akan mematikan peranti secara automatik selepas tujuh hari tidak digunakan, namun mengekalkan kuasa yang mencukupi untuk dihidupkan semula walaupun selepas 800 hari.
“Selain itu, paparan LCD Mesra Mata bersaiz 11 inci yang imersif menawarkan visual yang tajam dengan kecerahan sehingga 500 nits serta dilengkapi Paparan Matte Antipantulan yang mampu mengurangkan gangguan cahaya sebanyak 97 peratus, bagi memberikan pengalaman menonton yang mesra mata seperti membaca di atas kertas.
“Tablet ini telah menerima pensijilan TUV Rheinland bagi piawaian Cahaya Biru Rendah, Bebas Kelipan dan Paparan Seakan Kertas. Mod Kanak-Kanak yang boleh diperibadikan juga membolehkan ibu bapa mengawal masa penggunaan skrin serta akses aplikasi anak-anak,” menurut OPPO.
Dengan integrasi AI Gemini daripada Google, pengguna boleh menikmati pembantu pintar untuk perbualan semula jadi serta terjemahan masa nyata merentasi aplikasi seperti Gmail, YouTube dan Maps.
“Pembantu AI untuk Catatan dan Dokumen Pintar pula memudahkan pengguna menyusun dan memperbaiki kandungan dengan lebih mudah,” menurut kenyataan itu.
Peranti baharu ini juga menyediakan sambungan lancar merentas peranti melalui O+ Connect bagi memudahkan perkongsian fail. Fungsi Perkongsian Komunikasi pula membolehkan tablet menggunakan rangkaian mudah alih dan GPS telefon pintar, secara automatik disambungkan ke internet apabila berada berdekatan.
“Fungsi Screen Mirroring menyelaraskan notifikasi dan menyokong aplikasi skrin penuh, manakala ciri seret dan lepas memudahkan pemindahan fail,” menurut kenyataan itu.– Bernama