
KUALA LUMPUR: OPPO Malaysia melancarkan siri telefon pintar terbaharunya, Siri OPPO Reno14 5G yang menggabungkan kecanggihan teknologi fotografi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan rekaan estetik berinspirasikan gaya hidup generasi muda (Gen Z).
Siri itu terdiri daripada tiga model, iaitu OPPO Reno14 Pro 5G, OPPO Reno14 5G, dan OPPO Reno14 F 5G, setiap satunya menawarkan ciri-ciri inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna moden.
Pengurus Pemasaran OPPO Malaysia Jonathan Lim berkata Siri OPPO Reno14 5G menggabungkan teknologi Fotografi AI Flash termaju daripada OPPO bersama dengan reka bentuk Iridescent Mermaid yang memancarkan kilauan pelbagai warna, melambangkan semangat kebebasan dan keberanian Gen Z.
“Selain itu, Siri OPPO Reno14 5G juga dilengkapi ciri kamera sudut lebar dalam pencahayaan rendah yang sesuai digunakan ketika konsert atau aktiviti malam.
“Dengan sudut lebar 0.6x pada AI Flash Photography ini, semua individu dalam gambar dapat dirakam dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang malap,” katanya selepas majlis pelancaran siri terbaharu telefon pintar itu di sini semalam.
Beliau berkata siri berkenaan turut dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8450 Mobile Platform yang menjanjikan peningkatan prestasi multi-core hingga 41 peratus serta penggunaan tenaga 44 peratus lebih cekap berbanding generasi sebelumnya.
Bagi memastikan prestasi optimum, Siri OPPO Reno14 5G dilengkapi sistem penyejukan AI Nano Dual-Drive dan Vapor Chamber (VC) serta bateri dengan sokongan pengecasan pantas.
“Kesemua model ditawarkan dalam pilihan warna menarik, antaranya Reno14 Pro 5G dalam Opal White dan Titanium Grey; Reno14 5G dalam Opal White dan Luminous Green; serta Reno14 F 5G dalam Opal Blue, Glossy Pink dan Luminous Green,” katanya.


OPPO Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar terbaharunya, OPPO Reno14 Series, yang menggabungkan kecanggihan teknologi fotografi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan rekaan estetik berinspirasikan gaya hidup generasi muda (Gen Z). Sebahagian daripada kempen pelancaran semalam, OPPO turut menganjurkan festival muzik pertamanya, Out-Of-Office (OOO) Music Festival, penyanyi popular Iman Troye, Priscilla Abby, Noh Salleh dan ramai lagi yang bertujuan mendekati komuniti Gen Z sambil merayakan budaya ‘lepak’ yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Foto BERNAMA
Lim berkata sempena pelancaran rasmi Siri OPPO Reno14 5G, pelanggan boleh membuat pratempahan bermula semalam hingga 12 Julai ini dengan rebat segera daripada RM150 ke RM200 dan ganjaran eksklusif hingga RM2,396.
“Harga bagi OPPO Reno14 Pro 5G ialah RM2,499, manakala Reno14 5G dan Reno14 F 5G masing-masing berharga RM1,799 dan RM1,399 dan pelbagai ganjaran pratempahan termasuk pelan perlindungan OPPO Care Plus serta aksesori khas disediakan,” katanya.
Sementara itu, penyanyi popular Iman Troye berkata rekaan mermaid pada telefon itu amat menyerlah dan sesuai dengan gaya hidup aktif dan bergaya Gen Z.
“AI Flash Photography sangat membantu ketika saya ambil gambar dalam suasana konsert atau semasa mahu mengambil gambar untuk OOTN (Outfit Of The Night),” katanya.
Maklumat lanjut mengenai Reno14 boleh didapati di laman web rasmi OPPO Malaysia di www.oppo.com.my atau laman media sosial OPPO Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran semalam, OPPO turut menganjurkan festival muzik pertamanya, Out-Of-Office (OOO) Music Festival, yang bertujuan mendekati komuniti Gen Z sambil merayakan budaya ‘lepak’ yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.– Bernama