Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Selatan
  • Operasi trafik di Bau tumpu cegah kemalangan, samseng jalanan
  • Selatan

Operasi trafik di Bau tumpu cegah kemalangan, samseng jalanan

Utusan Sarawak 3 hours ago
OPERASI rondaan dan penguatkuasaan trafik dijalankan bagi mencegah kemalangan serta membanteras aktiviti samseng jalanan di beberapa jalan utama di Bau, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Operasi rondaan dan penguatkuasaan trafik dijalankan bagi mencegah kemalangan serta membanteras aktiviti samseng jalanan di beberapa jalan utama di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurutnya, dua anggota ditugaskan untuk menjalankan rondaan dan pemantauan trafik di sekitar Jalan Bau–Kuching, Jalan Bau–Serikin, Jalan Bau–Batu Kawa, Jalan Bau–Lundu, Jalan Jambusan, Jalan Siniawan serta kawasan Pekan Bau.

“Operasi turut memberi tumpuan kepada rondaan pencegahan kemalangan serta pemantauan aktiviti samseng jalanan di sekitar kawasan IPD Bau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 23 kenderaan diperiksa melibatkan kereta, motosikal, pacuan empat roda, MPV dan lori.

Seramai 30 individu turut diperiksa, terdiri daripada 17 lelaki dan 13 wanita.

Mohd Haide berkata, sebanyak dua saman trafik dikeluarkan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: SK Agama MIS Sri Aman, SMK Sri Aman juara keseluruhan Mahrajan al-Quran Bahagian Sri Aman 
Next: 102 anggota APM Zon Selatan terima pingat dan reben perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.