Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi tangkap lembu korban terlepas berjaya dikawal bomba Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi tangkap lembu korban terlepas berjaya dikawal bomba Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN lembu korban yang terlepas berjaya dikawal oleh anggota BBP Bintulu sekitar 7.00 malam.

BINTULU: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berjaya mengawal keadaan selepas seekor lembu korban dilaporkan terlepas di kawasan hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru, hari ini.

Menurut laporan operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 6.45 petang sebelum sebuah jentera Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) Scania, bersama tujuh anggota dari Pasukan Charlie digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

Operasi tersebut diketuai oleh PBK I Shukri Salleh.

Setibanya pasukan di lokasi sekitar 7.00 malam, didapati lembu berkenaan berada dalam keadaan bebas tanpa pemantauan dan berkeliaran di sekitar jalan raya sehingga boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Anggota bomba kemudian mengambil tindakan segera dengan menggunakan jerat tali bagi mengawal pergerakan haiwan tersebut sebelum berjaya menangkapnya dengan selamat.

Operasi yang bermula pada 7.01 malam itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 41 minit tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Lembu berkenaan kemudiannya berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat serta terkawal sepenuhnya.

Pasukan bomba tamat operasi serta kembali ke balai sekitar 7.57 malam

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyukatan tanah NCR Sarawak catat kemajuan, lebih 37,000 lot terima hak milik
Next: Projek RTP jalan lorong Kampung Hulu Perpat tingkat kemudahan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.