Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Operasi SAR warga emas hilang diperluas sehingga 6 kilometer, masih tiada petunjuk
  • SEMASA

Operasi SAR warga emas hilang diperluas sehingga 6 kilometer, masih tiada petunjuk

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI SAR yang memasuki hari kedua hari ini telah diperluaskan sehingga enam kilometer, namun masih belum menemui sebarang petunjuk menemukan Igoh Sengaling. Foto: PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang di sini diteruskan pada hari kedua dengan kawasan pencarian diperluaskan sehingga sekitar enam kilometer, namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Igoh Sengaling, 84 tahun, yang dilaporkan keluar dari rumah panjangnya pada Rabu lalu sekitar 7.00 pagi.

Mangsa dikatakan menaiki perahu miliknya untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat di Klinik Skim Skrang, namun tidak pulang ke rumah selepas itu seperti kebiasaan.

OPERASI SAR yang memasuki hari kedua hari ini telah diperluaskan sehingga enam kilometer, namun masih belum menemui sebarang petunjuk menemukan Igoh Sengaling. Foto: PGO Bomba Sarawak

Kehilangan mangsa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga sebelum mereka bersama penduduk rumah panjang bertindak menjalankan pencarian awal di sekitar kawasan berhampiran, namun gagal menemui sebarang jejak.

Laporan polis kemudiannya dibuat pada keesokan harinya (Khamis) sekitar 7.51 malam sebelum operasi SAR dilancarkan oleh pihak berkuasa.

Pada hari kedua operasi hari ini, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang diketuai oleh Komander Operasi, Abang Jamadilhir Abang Mostafa tiba di lokasi bagi meneruskan pencarian.

Taklimat operasi bersama agensi terlibat diadakan sebelum pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memperluaskan kawasan pencarian sekitar lokasi perahu mangsa ditemui.

OPERASI SAR yang memasuki hari kedua hari ini telah diperluaskan sehingga enam kilometer, namun masih belum menemui sebarang petunjuk menemukan Igoh Sengaling. Foto: PGO Bomba Sarawak

Pasukan turut menjalankan pencarian menyusuri Sungai Skrang ke arah hulu sehingga ke kawasan Entalun sejauh kira-kira empat kilometer.

Operasi kemudian diteruskan pada sebelah petang dengan penggunaan tiga buah bot bagi menyusuri kawasan Ulu Sungai Skrang sehingga anggaran enam kilometer.

Bagaimanapun, sehingga operasi ditangguhkan 5.00 petang, pasukan penyelamat masih belum menemui sebarang petunjuk baharu mengenai keberadaan mangsa.

Operasi SAR melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA serta penduduk kampung dan akan disambung semula pada pagi esok.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: NASA tetapkan 6 Mac tarikh terawal hantar angkasawan kelilingi bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.