Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR warga emas hilang di Sri Aman ditutup selepas tujuh hari
  • Selatan
  • WILAYAH

Operasi SAR warga emas hilang di Sri Aman ditutup selepas tujuh hari

Utusan Sarawak 3 days ago
KEPUTUSAN menutup operasi dibuat selepas perbincangan antara PDRM bersama pihak bomba, APM, tuai rumah serta ahli keluarga mangsa. Foto: PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak 30 September lalu di Rumah Rengkang, Lepong Empeliau Ulu, ditamatkan pada 5.30 petang tadi selepas pencarian selama tujuh hari tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, keputusan menamatkan operasi dibuat selepas perbincangan bersama pihak-pihak berkaitan.

Mangsa dikenali sebagai Tumbu Landa, 67 tahun, merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun dan tidak pulang ke rumah.

“Perbincangan melibatkan Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam, pihak bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tuai rumah serta ahli keluarga mangsa,” menurut kenyataan hari ini.

Operasi hari ini diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Chimiam Duyu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman itu melibatkan pelbagai agensi termasuk PDRM, APM dan penduduk kampung. 

KEPUTUSAN menutup operasi dibuat selepas perbincangan antara PDRM bersama pihak bomba, APM, tuai rumah serta ahli keluarga mangsa. Foto: PGO Bomba Sarawak

Sepanjang tujuh hari, pasukan SAR menjejak di sekitar kebun, kawasan sungai sejauh 700 meter dari pos kawalan, ladang sawit serta rumah berdekatan dalam radius tujuh kilometer dari rumah panjang.

Bagaimanapun, selepas pencarian intensif selama seminggu, mangsa masih belum ditemui.

“Sekiranya terdapat penemuan baharu atau jejak mangsa, operasi SAR akan diaktifkan semula,” tambah kenyataan PGO JBPM Sarawak, hari ini.

Operasi hari terakhir turut disertai tujuh anggota bomba dengan sebuah van operasi, bersama enam anggota PDRM, dua anggota unit dron PDRM, 10 anggota APM, serta 15 orang penduduk kampung yang membantu dalam usaha pencarian.

Penutupan operasi ini menandakan berakhirnya fasa pencarian rasmi, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa pemantauan komuniti akan diteruskan dan sebarang maklumat baharu akan disalurkan segera kepada pasukan penyelamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan buku dari Jepun perkaya koleksi Perpustakaan UPMS
Next: PDRM Lawas hargai jasa pesara polis melalui lawatan kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.