Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR remaja hilang di Sungai Kelai diteruskan hari ketiga
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi SAR remaja hilang di Sungai Kelai diteruskan hari ketiga

Utusan Sarawak 11 hours ago
Usaha pencarian mangsa dipercayai dibaham buaya diteruskan hari ini. Foto PGO

DARO: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Kelai, Pulau Bruit, di sini, memasuki hari ketiga hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, operasi bermula pada 9.00 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan dan penduduk kampung.

“Operasi SAR hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu pencarian di air dan di darat.

“Seramai 11 bot daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung digerakkan untuk pencarian di perairan sungai, manakala satu lagi kumpulan menjalankan pencarian di darat.

“Radius pencarian dianggarkan antara tiga hingga lima kilometer di sepanjang pesisir Sungai Paloh,” menurut kenyataan itu.

Mangsa, Agustine Fernando Nyalong, 14, dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang bersama rakan-rakannya di tebing Sungai Kelai, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan lelakinya sedang menjala udang di tebing sungai sebelum seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba dan menerkam mangsa.

Reptilia berkenaan dikatakan menyeret mangsa ke dalam sungai, manakala rakan-rakan mangsa yang cuba membantu tidak sempat berbuat demikian kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Susulan kejadian itu, rakan-rakan mangsa segera memaklumkan insiden berkenaan kepada penduduk rumah panjang sebelum usaha pencarian awal dijalankan oleh penduduk setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei terus laksana rondaan pemantauan MTL
Next: Nostalgia terjalin semula, alumni SK Abang Galau bersatu di Reunion Retro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.