Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR lelaki hilang di Kem Suau diteruskan hari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi SAR lelaki hilang di Kem Suau diteruskan hari ini

Utusan Sarawak 4 months ago
SEKITAR operasi SAR mencari mangsa yang hilang di Kem Suau, Baleh Kapit, hari ini.

KAPIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kem Suau, Baleh Kapit diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timothy Barat berkata, operasi SAR bermula pada 6.50 pagi tadi.

Menurutnya, operasi ini melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan beberapa pekerja Kem Suau.

“Sehingga kini, usaha mencari mangsa masih giat diteruskan. Operasi dijangka berlanjutan sehingga petang sekiranya mangsa masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, mangsa, Henry Laing Ngau, seorang lelaki berbangsa Kayan berusia 38 tahun, dilaporkan memasuki kawasan hutan pada 4 Januari selepas mendakwa terdengar suara yang mirip panggilan ibu bapanya dari arah hutan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PMS digesa kaji semula objektif, misi
Next: Bomba Sarikei pantau kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.