Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR Igoh Sengaling ditangguh, akan disambung jika ada petunjuk baharu
  • WILAYAH

Operasi SAR Igoh Sengaling ditangguh, akan disambung jika ada petunjuk baharu

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI SAR hari ketujuh hari ini terus gagal menemui lelaki warga emas dan operasi pencarian ditangguh sementara waktu atas arahan Ketua Balai Polis Skrang sehingga menemui petunjuk baharu berkaitan mangsa. Foto PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang, di sini, ditangguh sementara waktu hari ini atas arahan Ketua Balai Polis Skrang.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, keputusan itu dibuat pada 5.00 petang ini selepas operasi hari ketujuh tidak menemui sebarang petunjuk baharu berkaitan mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Igoh Sengaling, 84, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah panjangnya pada 18 Februari lalu kira-kira 7.00 pagi untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat di Klinik Kesihatan Skim Skrang dengan menaiki perahu miliknya sendiri.

Menurut ahli keluarga, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan selepas urusan tersebut.

Usaha pencarian awal oleh keluarga dan penduduk rumah panjang di sekitar kawasan penempatan dan hutan berhampiran gagal menemui sebarang jejak.

OPERASI SAR hari ketujuh hari ini terus gagal menemui lelaki warga emas dan operasi pencarian ditangguh sementara waktu atas arahan Ketua Balai Polis Skrang sehingga menemui petunjuk baharu berkaitan mangsa. Foto PGO Bomba Sarawak

Laporan polis kemudian dibuat pada 19 Februari lalu kira-kira 7.51 malam sebelum operasi SAR digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong pada 9.07 malam hari sama.

Pada hari ketujuh operasi hari ini, seramai enam anggota BBP Betong diketuai Mohamad Hashim Borhan telah menjalankan pencarian bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

Operasi tertumpu di lokasi penemuan perahu mangsa yang dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB). 

Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pencarian darat di seberang sungai dalam radius tiga kilometer serta pencarian menyusuri Sungai Skrang hingga tujuh kilometer ke hulu.

Kaedah penjejakan t urut digunakan dengan meneliti kemungkinan kesan tapak kaki, ranting patah dan tanda jejak di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, sehingga 5.00 petang, tiada sebarang perkembangan positif diperoleh.

PGO JBPM Sarawak memaklumkan operasi SAR ditangguh sementara waktu dan akan disambung semula sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu. 

Pihak polis akan menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut sekiranya diperlukan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas dikhuatiri hilang di Long Napir, operasi SAR dilancar
Next: Lapan orang awam diangkat ‘Hero Bomba’ di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.