Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR hari pertama lelaki hilang di Engkilili belum temui sebarang petunjuk
  • WILAYAH

Operasi SAR hari pertama lelaki hilang di Engkilili belum temui sebarang petunjuk

Utusan Sarawak 2 days ago
LELAKI warga emas yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, masih belum menemui sebarang petunjuk setakat hari pertama operasi dilancarkan pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, masih belum menemui sebarang petunjuk setakat hari pertama operasi dilancarkan pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Chin Shin Fah, 60, dilaporkan hilang selepas keluar dari ruai rumah panjang berkenaan pada malam Sabtu lalu.

Berdasarkan kronologi kejadian, mangsa difahamkan berada di Rumah Baie Merio bersama ahli keluarga bagi menghadiri satu upacara sembahyang sebelum kejadian berlaku.

Sekitar 11.30 malam, mangsa dilihat keluar dari ruai rumah panjang dan tidak kembali semula, sekali gus menimbulkan kebimbangan ahli keluarga.

Usaha pencarian awal telah dilakukan oleh penduduk kampung dan ahli keluarga pada semalam, namun tidak membuahkan hasil sebelum satu laporan polis dibuat pada petang hari yang sama.

PGO JBPM Sarawak memaklumkan, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.58 malam Ahad sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi.

LELAKI warga emas yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, masih belum menemui sebarang petunjuk setakat hari pertama operasi dilancarkan pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Operasi SAR hari pertama pada hari ini diketuai oleh Komander Operasi, Chimiam Duyu, dan bermula seawal 9.40 pagi selepas sesi taklimat bersama agensi terlibat yang dikendalikan oleh ASP Leonard dari Balai Polis Sri Aman.

Operasi tersebut melibatkan seramai 51 anggota daripada pelbagai agensi termasuk tujuh anggota JBPM, empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 30 orang penduduk kampung.

Pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi menyisir kawasan sepanjang jalan rumah panjang, kawasan Merindun dan Jalan Nanga, sebelum radius pencarian diperluaskan sehingga lima kilometer merangkumi kawasan kiri dan kanan jalan menuju ke jambatan gantung Nanga Merio.

Sehingga operasi ditangguhkan pada 5.00 petang, pasukan penyelamat mengesahkan tiada sebarang penemuan atau petunjuk baharu ditemui di kawasan pencarian.

Menurut pihak operasi, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang berwarna keperakan dan seluar pendek berwarna kehitaman.

Operasi SAR dijangka disambung semula pada esok bermula 9.00 pagi dengan tumpuan ke kawasan hutan dan ladang yang lebih mencabar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan MTL: BBP Daro guna dron pantau banjir di Matu dan Daro
Next: Banjir di Daro terkawal, tiada PPS dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.