Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Operasi SAR dijalankan, pesawat Indonesia hilang dengan 11 individu
  • GLOBAL

Operasi SAR dijalankan, pesawat Indonesia hilang dengan 11 individu

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

MAKASSAR, Indonesia: Pihak berkuasa Indonesia sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat penumpang kecil selepas hubungan terputus semalam, melibatkan pesawat yang membawa 11 individu, menurut pegawai penyelamat.

Pesawat turboprop milik Indonesia Air Transport itu dilaporkan berlepas dari Yogyakarta dan dalam penerbangan menuju ke Makassar, Pulau Sulawesi. Pesawat tersebut membawa tiga penumpang dan lapan anak kapal, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Makassar.

Hubungan dengan pesawat berkenaan terputus sejurus selepas 1.00 tengah hari waktu tempatan (0600 GMT).

Ketua Agensi SAR tempatan, Muhammad Arif Anwar, berkata pasukan penyelamat telah digerakkan ke kawasan pergunungan di Kabupaten Maros yang bersempadan dengan Makassar, berhampiran lokasi terakhir pesawat dikesan.

Menurut beliau, operasi pencarian melibatkan usaha di darat dan udara dengan penyertaan Tentera Udara Indonesia, polis serta sukarelawan.

Sementara itu, Ketua Operasi Agensi SAR Makassar, Andi Sultan, memaklumkan helikopter dan dron digunakan bagi membantu usaha mengesan pesawat tersebut.

Pengeluar pesawat berkenaan, syarikat berpangkalan di Perancis, ATR, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai ‘satu kemalangan’ yang melibatkan salah sebuah pesawat keluarannya.

“Pakar ATR terlibat sepenuhnya untuk menyokong siasatan yang diketuai oleh pihak berkuasa Indonesia serta pengendali pesawat,” menurut kenyataan itu.

Indonesia, negara kepulauan terbesar di Asia Tenggara, sangat bergantung kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan pulau di seluruh negara. Namun, negara itu mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang kurang memberangsangkan, dengan beberapa nahas maut dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada September tahun lalu, sebuah helikopter yang membawa enam penumpang dan dua anak kapal terhempas sejurus selepas berlepas dari wilayah Kalimantan Selatan, mengorbankan kesemua individu di dalamnya. Kurang dua minggu kemudian, empat lagi terbunuh dalam satu lagi nahas helikopter di daerah terpencil Ilaga, Papua.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
Next: Serpihan dipercayai milik ATR 42-500 yang hilang ditemukan di Bukit Bulusaraung – SAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.