Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi sanitasi sekitar Kuching
  • TEMPATAN

Operasi sanitasi sekitar Kuching

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terus melakukan operasi sanitasi di sekitar bandar raya Kuching semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Tiong Ling Hii berkata anggotanya telah memulakan operasi sanitasi di Masjid Demak, Kampung Demak pada jam 9.00 pagi semalam.

“Kerja-kerja sanitasi yang dijalankan meliputi kawasan luar dan dalam masjid berkenaan dengan bantuan kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Anggota kami dibantu kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk mensanitasi premis yang berkeluasan 4828.50 meter persegi itu,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tiong, antara lokasi lain yang dijalankan dengan operasi ini ialah Gereja Blessed Sacrament di BDC, Hotel Imperial, sebuah kuil di Jalan Ban Hock, pasaraya Emart Matang, Imperial Riverbank dan pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Sarawak.

Katanya, jumlah keseluruhan lokasi yang disanitasi ialah 309 di seluruh negeri sejak dilaksanakan pada 30 Mac lalu.

Tambahnya, di Kuching sahaja sebanyak 103 premis yang telah disanitasi, diikuti Miri (68), Limbang (27), Bintulu (27), Sarikei (22), Kota Samarahan (21), Kapit (12), Sri Aman (11), Sibu (sembilan ), Betong (lapan) dan satu di Serian.

Continue Reading

Previous: STIDC, STA sumbang PPE bernilai RM2 juta
Next: Kehidupan rakyat harus diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.