Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Samseng Jalanan: Polis sita 18 motosikal, keluarkan 101 saman di Miri
  • JENAYAH

Operasi Samseng Jalanan: Polis sita 18 motosikal, keluarkan 101 saman di Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DISITA…Antara motosikal yang disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi di Miri, malam tadi. Foto IPD Miri

MIRI: Sebanyak 18 motosikal disita dan 101 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan  lalu lintas  dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi yang bermula dari 6.00 petang sehingga 9.30 malam itu dijalankan di beberapa lokasi tumpuan seperti Jalan Banda Raya Miri, Jalan Marina, Jalan Miri-Bypass, Jalan Tanjung Lobang dan Jalan Tudan di sini.

DISITA…Antara motosikal yang disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi di Miri, malam tadi. Foto IPD Miri

“Dalam operasi sama, sebanyak 101 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sebanyak 35 kenderaan diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, 18 motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana diubah suai daripada struktur asal serta bagi pemeriksaan lanjut.

“Seramai 42 individu diperiksa, manakala 101 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Farhan, tujuan operasi adalah untuk membanteras aktiviti samseng jalanan agar pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta tidak menggugat ketenteraman awam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kertas siasatan Zara Qairina dirujuk semula ke AGC esok – JSJ Bukit Aman
Next: Kes Zara Qairina: Siasatan tumpu elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.