Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan, CAAM perkukuh kecekapan
  • NASIONAL

Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan, CAAM perkukuh kecekapan

Utusan Sarawak 4 hours ago
CAAM mempertingkat kecekapan pengurusan ruang udara di KL FIR dan KK FIR bagi memastikan operasi trafik udara kekal lancar, selamat dan berdaya tahan walaupun berlaku peningkatan pergerakan penerbangan di Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR: Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan dalam mengendalikan jumlah trafik udara serantau yang tinggi, sekali gus menyerlahkan peranan negara sebagai hab kesalinghubungan penerbangan di Asia Tenggara, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurut kenyataan CAAM hari ini, pihaknya terus memperkukuh kecekapan ruang udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (KL FIR) dan Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR) seiring perubahan dinamik ruang udara global serta peningkatan kerumitan operasi.

Data trafik serantau menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kekal antara lapangan terbang paling sibuk di Asia Tenggara, disokong oleh beberapa laluan penerbangan paling tinggi penggunaannya di rantau ini.

Menurut CAAM laluan utama seperti Kuala Lumpur-Singapura, Jakarta-Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur terus merekodkan kekerapan penerbangan yang tinggi.

“Ini menyerlahkan peranan strategik Malaysia dalam mengekalkan kesalinghubungan serantau serta memastikan kelangsungan perjalanan udara di seluruh ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Menurut CAAM, penambahbaikan berterusan terhadap reka bentuk ruang udara dan pengurusan trafik telah membolehkan kedua-dua KL FIR dan KK FIR menampung peningkatan jumlah trafik sambil mengekalkan standard keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Ini termasuk pelaksanaan prosedur Required Navigation Performance Approach (RNP APCH) di KLIA, serta penggunaan penuh Performance-Based Navigation (PBN) bagi Standard Instrument Departure (SID), Standard Terminal Arrival Route (STAR) dan RNP APCH di KK FIR.

CAAM memaklumkan langkah berkenaan membolehkan laluan penerbangan lebih tepat, pengurangan jarak laluan serta peningkatan kecekapan ketibaan dan pelepasan pesawat.

Selain itu, peluasan operasi Direct Route Operations (DRO) dan User Preferred Routes (UPR) membolehkan pesawat beroperasi melalui laluan yang lebih cekap dan fleksibel, sekali gus mengurangkan kesesakan, tempoh penerbangan serta penggunaan bahan api.

Penambahbaikan koordinasi rentas sempadan turut menyokong laluan yang lebih adaptif mengikut perubahan keadaan operasi semasa.

Menurut CAAM, penggunaan konsep pengurusan trafik udara maju seperti System Wide Information Management (SWIM) dan Flight and Flow Information for a Collaborative Environment (FF-ICE) membolehkan perkongsian data secara masa nyata, meningkatkan kebolehjangkaan serta menyokong pembuatan keputusan kolaboratif yang lebih berkesan dalam ekosistem penerbangan.

Kemajuan dalam Performance-Based Communication and Surveillance (PBCS) turut meningkatkan kapasiti operasi dengan membolehkan pemisahan pesawat yang lebih efisien sambil mengekalkan tahap keselamatan tinggi, menurut kenyataan itu.

CAAM memaklumkan bahawa kecekapan KL FIR dan KK FIR adalah amat penting dalam menyokong satu daripada rangkaian penerbangan paling sibuk di Asia Tenggara, dengan KL FIR berperanan sebagai nod utama bagi laluan serantau, manakala KK FIR memperkukuh kesalinghubungan di seluruh Malaysia Timur serta menyokong peningkatan aliran trafik rentas sempadan. – Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC pertingkat penggunaan kawalan ibu bapa dalam Kempen Internet Selamat
Next: Agrobank tawar diskaun 50 peratus kadar keuntungan pinjaman modal pesawah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.