Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Polis tumpaskan kegiatan penjualan air ketum
  • JENAYAH

Operasi Polis tumpaskan kegiatan penjualan air ketum

Utusan Sarawak 8 hours ago
RAMPASAN KETUM…Air ketum yang dirampas. Foto Polis Limbang.

LIMBANG: Kegiatan penjualan air ketum yang dipercayai beroperasi sejak awal tahun ini tumpas selepas polis menahan seorang penganggur dalam serbuan di Kampung Pahlawan semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot, berkata serbuan pada 4.00 petang oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang turut merampas 35 botol cecair disyaki air ketum, empat kilogram daun ketum, 25 peket plastik berisi serbuk daun ketum disyaki kering, selain peralatan memproses air ketum.

“Dalam serbuan di kawasan belakang sebuah rumah tidak bernombor Kampung Pahlawan seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama satu bekas ais didalamnya berisi 35 botol plastik lut sinar berisi cecair hijau disyaki air ketum beranggaran isipadu 52.5 liter.

“Turut dirampas satu kotak berisi 25 peket plastik lut sinar berisi serbuk disyaki serbuk kering daun ketum yang telah dikisar beranggaran berat 25 kilogram, satu plastik hitam berisi daun ketum beranggaran berat empat kilogram, satu periuk masak keluli tahan karat, satu tong gas dan dapur gas,” katanya dalam satu kenyatana hari ini.

Parum berkata hasil semakan, suspek adalah seorang penganggur yang tiada mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penjualan daun ketum sejak awal 2025. 

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek di dapati negatif. Suspek disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 30 tahun ditahan suspek dadah
Next: Lelaki tempatan ditahan positif dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.