Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Operasi penerbangan haji diteruskan walaupun ketegangan di Asia Barat – MAG
  • NASIONAL

Operasi penerbangan haji diteruskan walaupun ketegangan di Asia Barat – MAG

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) menegaskan operasi penerbangan haji bagi musim 2026 akan diteruskan seperti dijadualkan walaupun ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat telah menjejaskan perjalanan udara di beberapa bahagian di rantau ini.

Pada masa sama, kumpulan penerbangan itu turut menekankan keselamatan penumpang akan kekal sebagai keutamaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar berkata syarikat induk Malaysia Airlines Bhd itu terus komited untuk memenuhi obligasi kontraknya dengan Lembaga Tabung Haji, dengan penerbangan haji pertama dijadualkan berlepas pada 18 April seperti yang dirancang.

“Pada masa ini, operasi berjalan seperti yang dijadualkan. Kami terus memantau perkembangan dengan teliti terutama dari segi keselamatan, dan sebarang keputusan akan mengikut penilaian terkini,” katanya dalam temu bual eksklusif kepada Bernama.

Beliau berkata tahap kewaspadaan yang tinggi ini berlaku susulan ketidakstabilan yang berterusan di beberapa kawasan Asia Barat, yang telah menyebabkan sekatan ruang udara dan gangguan operasi kepada beberapa syarikat penerbangan antarabangsa.

“Kami telah menjalankan penilaian harian sejak perang bermula di Asia Barat pada 28 Februari. Pasukan ini menilai maklumat risikan daripada pelbagai sumber untuk menentukan sama ada selamat untuk kami mengendalikan setiap penerbangan.

“Keselamatan adalah aspek terpenting dalam setiap keputusan yang kami lakukan,” katanya.

Walaupun Malaysia Airlines telah menggantung penerbangan ke destinasi tertentu seperti Doha atas sebab keselamatan, Nasaruddin berkata langkah itu adalah keputusan bersasar berdasarkan penilaian risiko yang khusus dan tidak bermaksud mengurangkan perkhidmatan yang menyeluruh di seluruh rantau ini.

Bagi destinasi seperti Jeddah dan Madinah yang penting bagi operasi haji dan umrah, beliau berkata kumpulan itu mengambil lebih banyak langkah berwaspada bagi memastikan setiap penerbangan memenuhi keperluan keselamatan sebelum berlepas.

Beliau berkata walaupun keadaan tidak menentu, MAG akan terus melaksanakan perjanjian jangka panjang dengan Tabung Haji, yang merangkumi tempoh lima tahun dan melibatkan pengangkutan jemaah Malaysia bagi haji dan umrah.

“Dari segi kontrak, kami komited untuk menyokong Tabung Haji, dan kami akan terus berbuat demikian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ketara dalam keadaan keselamatan, kami akan bekerjasama dengan mereka dan membuat pelarasan yang diperlukan bersama-sama,” katanya.

Nasaruddin yang mengambil alih teraju kepimpinan kumpulan syarikat penerbangan itu pada Februari 2026 berkata pada masa ini, tiada perubahan terhadap jadual penerbangan haji yang dirancang.

Pada masa hadapan, beliau berkata situasi berkenaan kekal tidak menentu dan bergantung kepada perkembangan geopolitik yang lebih luas.

“Walaupun kami yakin dengan perancangan semasa, kami akan terus memantau keadaan dengan teliti. Sekiranya berlaku sebarang peningkatan ketegangan, kami akan menilai semula keadaan dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi operasi serta penumpang kami,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelarasan harga bahan api dilaksana terkawal, kesejahteraan rakyat terpelihara – Fadillah
Next: Garis panduan BDR diumum dalam masa terdekat – Ramanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.