Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi pemindahan penduduk rumah panjang kawasan Batang Oya dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi pemindahan penduduk rumah panjang kawasan Batang Oya dilaksanakan

Utusan Sarawak 3 months ago

SELANGAU: Operasi pemindahan penduduk rumah panjang di kawasan Batang Oya ( hilir Pasar Stapang) sedang dilaksanakan oleh agensi kerajaaan, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang meminta penduduk rumah panjang supaya bersabar dan memberikan kerjasama kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

“Saya mohon supaya rakyat rumah panjang bersabar dan beri kerjasama kepada agensi berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau berharap usaha pemindahan penduduk rumah panjang berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan disebabkan keadaan air sungai yang deras.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan operasi pemindahan ini,” katanya.

Operasi yang bermula pada 9.00 pagi tadi, melibatkan penduduk dari 16 rumah panjang dari kawasan Hilir Batang Oya, dua rumah panjang di Nanga Tamin dan sebuah sekolah.

Operasi tersebut disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang sumbang dua kerusi roda, sebuah katil pesakit boleh laras
Next: Rumah terbuka wadah pupuk semangat perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.