Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Pematuhan trafik catat enam saman kesalahan potong garisan berkembar
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi Pematuhan trafik catat enam saman kesalahan potong garisan berkembar

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERASI PEMATUHAN…. BSPTD Meradong menjalankan Operasi Pematuhan trafik do Jalan Sibu–Bintangor semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Operasi pematuhan trafik di Jalan Sibu–Bintangor semalam mencatatkan enam saman terhadap pemandu yang memotong di garisan berkembar, dalam usaha penguatkuasaan yang dijalankan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Meradong bermula dari 8.30 hingga 11.30 pagi.

“Dalam operasi ini, enam saman telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar.

“Operasi ini bertujuan menguatkuasakan undang-undang jalan raya serta meminimumkan risiko kemalangan yang berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesalahan memotong di garisan berkembar merupakan pelanggaran serius kerana ia boleh mengundang kemalangan, selain membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kesalahan ini sering berpunca daripada sikap mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain di jalan raya.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas, khususnya larangan memotong di garisan berkembar, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutamanya di musim perayaan ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar sebagai langkah pencegahan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.

“Pihak polis akan meneruskan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terpelihara,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warisan silat diperkasa: Sumbangan RM15,000 kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai
Next: Bomba selamatkan lapan mangsa banjir di Kidurong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.