Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.00 petang tadi
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.00 petang tadi

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAMATKAN…..Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu pada jam 6.00 petang tadi.

DARO: Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu yang berlangsung selama lapan hari ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.00 petang tadi, selepas api berjaya dipadam sepenuhnya di semua sektor terlibat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, keputusan menamatkan operasi dibuat hasil perbincangan antara pihak bomba, penghulu kampung, jawatankuasa Kampung Penasu serta pihak ladang.

Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga sektor iaitu Sektor A, B dan C telah berjaya dipadam sepenuhnya tanpa sebarang sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

DITAMATKAN…..Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu pada jam 6 .00petang tadi.

“Perimeter kawasan kebakaran juga telah dilindungi dengan pembinaan ‘fire break’ melalui parit oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak yang diperbesarkan dengan bantuan pihak ladang.

“Keadaan ini menghalang sebarang kemungkinan api merebak semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak ladang bersama penduduk kampung akan terus menjalankan pemantauan berterusan dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya terdapat tanda-tanda kebakaran berulang.

DITAMATKAN…..Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu pada jam 6.00 petang tadi.

Kebakaran yang dilaporkan sekitar jam 9.53 malam 27 Mac lalu, melibatkan kawasan seluas 75 hektar dan keseluruhan kawasan tersebut berjaya dipadam sepenuhnya.

Sepanjang operasi, seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan bantuan BBP Tanjung Manis, Mukah dan Sarikei telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, operasi turut mendapat kerjasama daripada pekerja ladang Daro Jaya Estate 2 serta penduduk Kampung Penasu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Vesel nelayan ditahan gagal kemuka sijil penguntukan radas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.