Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi mencari lelaki warga emas hilang di Engkilili diperluas, libatkan pelbagai agensi
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi mencari lelaki warga emas hilang di Engkilili diperluas, libatkan pelbagai agensi

Utusan Sarawak 2 days ago
OPERASI SAR memasuki hari kedua bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, diteruskan hari ini dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan serta bantuan penduduk setempat.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Chin Shin Fah, 60, dilaporkan hilang sejak malam Sabtu lalu ketika menghadiri upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah panjang berkenaan.

PGO JBPM Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima semalam sekitar 7.58 malam, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 75 kilometer dari bandar Simanggang.

OPERASI SAR memasuki hari kedua bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Baie Merio Tambak, Engkilili, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Memasuki hari kedua operasi hari ini, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertolak ke lokasi seawal 7.45 pagi melalui laluan mencabar dan tidak rata, sebelum tiba sekitar 9.30 pagi. 

Taklimat operasi kemudiannya disampaikan oleh ASP Leonard Mallaca dari Balai Polis Sri Aman bagi menyelaras gerak kerja antara agensi terlibat.

Operasi SAR dimulakan pada 10.00 pagi dengan pencarian dibahagikan kepada tiga kumpulan, meliputi kawasan sekitar rumah panjang, kawasan Merindun serta sepanjang Jalan Nanga, dengan radius pencarian sejauh dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Seramai tujuh anggota bomba terlibat secara langsung dalam operasi tersebut dengan sokongan sebuah Van Urvan, manakala agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta kira-kira 30 penduduk kampung turut membantu usaha pencarian.

JBPM Sarawak turut memaklumkan bahawa sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa masih belum ditemui, dan operasi SAR akan diteruskan berdasarkan maklumat serta petunjuk baharu yang diperoleh di lapangan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan mangsa diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau pasukan penyelamat terdekat bagi mempercepatkan usaha pencarian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keadaan terkawal di kawasan berisiko banjir Daerah Asajaya
Next: Banjir besar jejas Daerah Subis, 191 mangsa dipindahkan ke PPS SMK Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.