Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Loji Rawatan Air Song dihentikan
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi Loji Rawatan Air Song dihentikan

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

SONG: Penduduk di seluruh kawasan Song menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Song diberhentikan akibat paras air tinggi telah memasuki loji tersebut.

Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam satu kenyataan, operasi loji itu dihentikan bagi tujuan keselamatan serta perlindungan peralatan loji.

“Gangguan bekalan air bermula pada jam 3 pagi tadi dan akan berterusan sehingga paras air menurun ke tahap selamat,” katanya.

Pihak JBALB mengingatkan penduduk agar menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan mereka sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Kami akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat gangguan ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Lima sekolah rendah antara beberapa kawasan terjejas dinaiki air  
Next: Lapangan Terbang Lawas ditutup akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.