Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Operasi KLIA lancar walaupun beberapa penerbangan dibatalkan – MAHB
  • SEMASA

Operasi KLIA lancar walaupun beberapa penerbangan dibatalkan – MAHB

Utusan Sarawak 7 hours ago
ALIRAN penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kekal stabil tanpa kes penumpang terkandas direkodkan setakat ini.

SEPANG: Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) stabil dan teratur meskipun beberapa penerbangan dibatalkan susulan perkembangan situasi di Asia Barat, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB memberitahu Bernama bahawa Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA terus beroperasi sepenuhnya, dan proses pengendalian penumpang di kaunter daftar masuk, saringan keselamatan serta imigresen berjalan lancar. 

Menurut pengendali lapangan terbang itu, sebanyak 26 penerbangan telah dibatalkan, masing-masing melibatkan 13 penerbangan berlepas dan 13 ketibaan.

“Pembatalan itu melibatkan perkhidmatan terpilih ke dan dari destinasi Asia Barat yang terjejas, serta beberapa laluan jarak jauh yang memerlukan pelarasan ruang udara,” menurut MAHB. 

Pada masa ini, MAHB mengesahkan tiada penumpang terkandas direkodkan di bawah Sistem Respons Krisis, dan aliran penumpang di kedua-dua terminal kekal diurus dengan baik.

Bagaimanapun, MAHB memaklumkan bahawa keadaan masih tidak menentu dan tertakluk kepada penilaian keselamatan ruang udara serta syarikat penerbangan, dengan kemungkinan berlaku pelarasan jadual penerbangan. 

“Syarikat penerbangan akan terus memantau perkembangan ruang udara, khususnya bagi yang mengendalikan laluan jarak jauh memandangkan laluan alternatif mungkin diperlukan bagi mengelakkan zon yang terjejas.

“Malaysia Airports akan terus memantau rapat perkembangan dan menerajui usaha respons yang diselaraskan bagi memastikan lapangan terbang beroperasi dengan selamat, teratur serta cekap,” katanya.

Penumpang yang transit atau melakukan perjalanan melalui kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan secara terus dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang, bagi mendapatkan maklumat terkini.

Menurut MAHB, mesyuarat penyelarasan krisis secara berkala sedang diadakan, selain menerima laporan situasi (SITREP) daripada pihak berkepentingan utama bagi memastikan gambaran operasi yang menyeluruh dan terkini.

Syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan lapangan terbang mengenai sebarang semakan operasi, termasuk pembatalan, lencongan penerbangan atau pelarasan jadual.

“Langkah kontingensi kekal dilaksanakan sekiranya keadaan semakin meruncing. Komuniti lapangan terbang juga beroperasi di bawah mekanisme respons yang tersusun dan diselaraskan,” menurut MAHB.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran pada Sabtu, termasuk Tehran.

Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Asia Barat.

Ribuan penerbangan di Timur Tengah telah dibatalkan, manakala ruang udara di rantau itu turut ditutup.

Syarikat penerbangan utama termasuk Malaysia Airlines, Qatar Airways, Saudia dan beberapa syarikat penerbangan yang berpangkalan di Abu Dhabi telah menangguhkan atau membatalkan beberapa penerbangan sejak semalam. 

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Datu Khalidi Ibrahim dilantik sebagai Mufti Sarawak baharu
Next: Malaysia Airlines terus gantung penerbangan ke/dari Doha, Jeddah, Madinah hingga 4 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.