Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Khas Bersepadu IPD Lubok Antu periksa 26 kenderaan, empat saman dikeluarkan
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi Khas Bersepadu IPD Lubok Antu periksa 26 kenderaan, empat saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
OPERASI Khas Bersepadu (Dalaman) yang dilaksanakan oleh BSPT IPD Lubok Antu, hari ini. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) telah melaksanakan Operasi Khas Bersepadu (Dalaman) bagi meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya di daerah itu.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, operasi tersebut dijalankan bermula sekitar 11.00 pagi hingga 1.00 petang melibatkan anggota BSPT bersama anggota tugas am.

Operasi dijalankan secara rondaan pemeriksaan mengejut dan ronda cegah kemalangan di beberapa laluan utama iaitu sekitar Jalan Lubok Antu–Sri Aman serta Jalan Sri Aman–Sarikei yang merupakan antara laluan sibuk pengguna jalan raya.

Sepanjang operasi berlangsung, pihak polis telah memeriksa sebanyak 26 kenderaan melibatkan pelbagai jenis kenderaan selain melakukan pemeriksaan terhadap 30 individu yang menggunakan laluan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pengguna jalan raya, sekali gus membawa kepada pengeluaran empat keping saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan trafik.

OPERASI Khas Bersepadu (Dalaman) yang dilaksanakan oleh BSPT IPD Lubok Antu, hari ini. Foto: IPD Lubok Antu

Bagaimanapun, pihak polis memaklumkan tiada sebarang tangkapan dibuat sepanjang operasi dijalankan dan tiada rampasan atau sitaan kenderaan direkodkan.

Dalam masa sama, pihak polis turut mengambil pendekatan pendidikan dengan memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta mengamalkan budaya pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya.

IPD Lubok Antu turut menegaskan bahawa operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan kemalangan serta memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bishop Emeritus Dominic Su Haw Chiu meninggal dunia usia 87 tahun
Next: APM Saratok perkasa kesedaran keselamatan awam melalui program PROKSPA di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.