Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Kenderaan Perdagangan: Polis Bau keluarkan sembilan saman
  • Selatan
  • WILAYAH

Operasi Kenderaan Perdagangan: Polis Bau keluarkan sembilan saman

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS mengeluarkan saman atas kesalahan lalu lintas.

BAU: Polis Bau mengeluarkan sembilan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas selepas menjalankan Operasi Kenderaan Perdagangan di beberapa lokasi di daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata operasi yang dijalankan oleh tiga anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) itu berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Operasi melibatkan pemeriksaan di Jalan Bau-Lundu, Jalan Bau-Kuching-Siniawan dan kawasan Pasar Bau.

Sebanyak 31 kenderaan diperiksa, terdiri daripada tujuh motosikal, sembilan motokar, lima kenderaan pacuan empat roda serta 10 lori.

Polis turut memeriksa seramai 33 individu sepanjang operasi tersebut.

Mohd Haide berkata sebanyak sembilan saman telah dikeluarkan, termasuk tiga saman PDRM (K) 257 melibatkan lori atas kesalahan muatan tidak kemas, memandu tanpa lesen yang sah serta tiada perlindungan insurans.

Enam lagi saman dikeluarkan di bawah PDRM (K) 170A bagi pelbagai kesalahan lalu lintas.

Tiada tangkapan, rampasan atau sitaan dilakukan sepanjang operasi berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 78 mahasiswa Politeknik Betong sertai ceramah pencegahan penipuan dalam talian
Next: Tindakan pantas APM Betong alih pokok tumbang di Jalan Nanga Padeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.