Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Imigresen Kuching tahan 42 warga asing tanpa dokumen sah
  • JENAYAH

Operasi Imigresen Kuching tahan 42 warga asing tanpa dokumen sah

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI penguatkuasaan selama dua hari bermula semalam bagi membanteras kehadiran warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah di sekitar bandar raya Kuching. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching telah melaksanakan operasi penguatkuasaan selama dua hari bermula semalam bagi membanteras kehadiran warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah di sekitar bandar raya ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi tersebut diketuai oleh seramai 31 pegawai penguat kuasa dan berjaya menahan 42 individu yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen negara.

Operasi berkenaan tertumpu di beberapa lokasi strategik termasuk kawasan kilang simen di Kampung Sandong, rumah sewa di Kampung Kudei, rumah kongsi di tapak pembinaan Metrocity, serta beberapa premis kedai makan di Jalan Semarak, Gita.

Beberapa premis turut disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian dan dipercayai menggaji warga asing.

Walaupun terdapat cubaan untuk melarikan diri dan bersembunyi, tindakan pantas dan kecekapan pegawai penguat kuasa berjaya menumpaskan cubaan tersebut.

JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang, serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Selain itu, jabatan turut menggesa majikan agar memastikan semua pekerja warga asing memiliki dokumen sah bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Operasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan untuk membanteras kegiatan imigresen haram dan aktiviti ekonomi yang menyalahi undang-undang di negeri Sarawak.

JIM Sarawak juga menekankan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat bagi membolehkan operasi penguatkuasaan lebih berkesan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis kenal pasti pemilik akaun bank kes penipuan dalam talian di Sarikei
Next: 37 ditahan dalam Operasi Tapis Khas tiga hari di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.