Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Gelandangan: 19 ditahan, tujuh positif dadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi Gelandangan: 19 ditahan, tujuh positif dadah

Utusan Sarawak 18 hours ago
SEKITAR Operasi Bersepadu Khas: Menyelamat Orang Papa dan Gelandangan yang dijalankan di sekitar bandar Sibu, semalam.

SIBU: Seramai 19 individu ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas: Menyelamat Orang Papa dan Gelandangan yang dijalankan di sekitar bandar Sibu, semalam.

Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan tiga wanita, dengan tujuh daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu, Maria Nadja Jimmy Jalil, operasi itu dilancarkan bagi menangani masalah kehadiran gelandangan susulan aduan dari orang ramai sejak kebelakangan ini.

“Selain itu, kita juga perlu memastikan imej bandar terus terpelihara, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Tumpuan pelancong seperti Tokong Tua Pek Kong turut terjejas, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap imej Sibu sebagai pintu masuk utama pelancong ke Sarawak.

“Kita tidak mahu perkara negatif ini dirakam dan disebarkan di media sosial kerana ia boleh memberi impak buruk terhadap imej bandar,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Maria berkata operasi berkenaan melibatkan kerjasama kira-kira 80 petugas daripada pelbagai agensi utama di Sibu, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AADK, Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mereka yang didapati bersalah akan ditahan oleh AADK (Agensi AntiDadah Kebangsaan).

“Bagi yang tiada tempat tinggal, mereka akan ditempatkan sementara di TTG (Tempat Transit Gelandangan).

“Sekiranya terdapat individu yang mempunyai masalah kesihatan mental, pihak hospital akan menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebahagian individu yang ditahan juga merupakan pelanggan berulang di TTG, selain terdapat individu baharu yang dikenal pasti.

“Trend yang kita lihat menunjukkan mereka menjadikan Sibu sebagai lokasi untuk mencari sumber pendapatan. Namun, disebabkan tiada tempat tinggal tetap, mereka tidur di merata tempat dan keadaan ini menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bantuan makanan disalur kepada mangsa banjir melalui Pusat Khidmat Parlimen Bintulu
Next: Paras air lebih empat kaki di dua kawasan banjir Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.