Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Operasi Evakuasi Zon Konflik Asia Barat: 163 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air
  • NASIONAL

Operasi Evakuasi Zon Konflik Asia Barat: 163 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEKUMPULAN rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Arab Saudi, Syria, Jordan dan Qatar selamat pulang ke tanah air dalam Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia, hari ini. Mereka yang terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines. Foto BERNAMA

SEPANG: Sebanyak 163 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa negara di rantau Asia Barat selamat tiba di tanah air pada 12.32 tengah hari tadi. 

Menurut Kementerian Luar kumpulan itu merangkumi jemaah umrah dari Arab Saudi serta rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan Syria, yang terjejas susulan gangguan jadual penerbangan serta penutupan ruang udara di rantau berkenaan.

Penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines MH8503 bagi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat yang berlepas dari Jeddah awal pagi ini turut membawa tujuh ahli keluarga bukan warganegara, iaitu lima rakyat Thailand, serta masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi. 

Kesemua penumpang dilihat mula keluar di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 1.45 tengah hari, dan disambut oleh ahli keluarga yang menunggu sejak awal pagi.

SEKUMPULAN rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Arab Saudi, Syria, Jordan dan Qatar selamat pulang ke tanah air dalam Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia, hari ini. Foto BERNAMA

Operasi membawa pulang rakyat Malaysia itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya langkah segera diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warganegara di kawasan konflik sentiasa terpelihara.

Pesawat Airbus A330-300 berkenaan sebelum ini berlepas dari KLIA pada 4.10 petang, Selasa, dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 8.35 malam waktu tempatan.

Misi berkenaan hanya diperuntukkan tempoh masa yang singkat oleh pihak berkuasa tempatan di Jeddah bagi proses pengambilan penumpang sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Penerbangan itu turut disertai petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketegangan di Asia Barat dilaporkan meruncing sejak 28 Februari lepas susulan siri serangan Israel dan  Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kedutaan Iran sahkan baki pemain skuad bola sepak wanita tiba di Malaysia
Next: PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.