Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi ditangguh ke esok, mangsa jatuh laut belum ditemui
  • KEMALANGAN

Operasi ditangguh ke esok, mangsa jatuh laut belum ditemui

Utusan Sarawak 4 months ago

TANJUNG MANIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jatuh dari kapal di Muara Rajang di sini pada hari keempat ditangguhkan pada jam 5.00 petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, setakat ini, mangsa yang dikenali sebagai Mustafpa Abdullah @ Moses Mleng, 65, belum dijumpai. 

“Operasi SAR pada hari keempat bermula jam 8.30 pagi selepas diberi taklimat jam 8.00 pagi oleh pihak Maritim. 

“Semua pasukan telah dibahagi sektor pencarian. Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis membuat pencarian di Muara Gerigat dan Muara Selalang.

“Jarak perjalanan dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) mengambil masa satu jam lebih ke lokasi pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambahnya, pihak bomba membuat pencarian di sepanjang persisiran pantai menggunakan bot penyelamat dan berjalan kaki menyusuri pantai.

“Operasi SAR disambung pada jam 3.42 petang dan sektor pencarian dari PKOB ke Sungai Selumit.

“Pada jam 5.00 petang, semua pasukan SAR sampai di Terminal Maritim dan operasi SAR hari keempat ditangguhkan. 

“Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai. Operasi akan disambung pada esok, jam 8.00 pagi,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Berpantang maut sebelum ajal
Next: Kemaskini: Mangsa jatuh laut ditemui, mayat sudah tiba di Hospital Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.