Operasi dipergiat, tingkat keselamatan

Facebook
WhatsApp
SESI RAKAM KENANGAN... Datuk Jazmanie Shafawi, Norizan Jili dan yang lain bergambar bersama di Miri, hari ini. -Foto kredit JPJ Negeri Sarawak

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan mempertingkatkan penguatkuasaan di seluruh negeri menjelang Aidilfitri susulan peningkatan mendadak pergerakan kenderaan.

Pengarahnya, Norizan Jili menjelaskan, operasi yang dijalankan bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya, sebaliknya bagi memastikan peraturan lalu lintas sentiasa dipatuhi demi keselamatan mereka.

“Kita tidak mahu ada yang kehilangan orang tersayang akibat kemalangan jalan raya pada Ramadan ini, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

“JPJ sentiasa berusaha memastikan jalan raya di Sarawak selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, JPJ Sarawak menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi yang turun padang menyantuni anggota penguat kuasa semasa menjalankan operasi di Miri, hari ini.

-BERNAMA

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan