Operasi cari mangsa feri karam diteruskan

Facebook
WhatsApp
SAR DITERUSKAN… Feri Raja 4 itu membawa 12 anak kapal dan empat pemandu – tiga lori roda 10 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan sampah – karam ketika laut bergelora setelah meninggalkan pelabuhan Koh Samui kira-kira jam 10.00 malam.

BANGKOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat orang yang hilang dari sebuah feri yang karam berdekatan pulau pelancongan popular di Koh Samui, Thailand pada Sabtu malam diteruskan hari ini.

Feri Raja 4 itu membawa 12 anak kapal dan empat pemandu – tiga lori roda 10 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan sampah –  karam ketika laut bergelora setelah meninggalkan pelabuhan Koh Samui kira-kira jam 10.00 malam (waktu tempatan). 

Sembilan diselamatkan berhampiran kapal manakala dua lagi diselamatkan berhampiran sebuah pulau berdekatan pada Ahad. Mayat seorang kapten dijumpai pada Ahad petang.

Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Surat Thani berkata SAR oleh pasukan tentera laut, polis dan pasukan penyelamat tempatan kembali beroperasi pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Pasukan mencari telah menemukan tempat kapal itu karam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Laut Witthaya Yamuang berkata sebuah panel telah dibentuk untuk menyiasat kejadian tersebut.

Menurutnya  laporan akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari.- Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara