
NIAH: Operasi mencari seorang lelaki berusia 47 tahun, warganegara Indonesia, yang dipercayai dibaham buaya di sungai Ladang Tanjung Payung Suaidi, Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu masih giat dijalankan petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, PBT II Rary Binjie, enam anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.34 pagi tadi.

Mangsa dilaporkan sedang mengambil air di sungai ketika disambar reptilia yang dipercayai buaya.
Dalam usaha mencari mangsa, anggota terpaksa menggunakan bot bagi menyusuri sungai berdekatan.
Beliau menambah, sekiranya mangsa belum ditemui sehingga 6.00 petang ini, operasi akan ditangguhkan dan disambung semula esok.

Operasi mencari dan menyelamat kini masih diteruskan bagi memastikan keselamatan mangsa dan kejayaan pencarian.
Oleh Adum Liu