Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi bersepadu KPDN-PDRM bongkar stor diesel subsidi haram di Bintulu
  • JENAYAH

Operasi bersepadu KPDN-PDRM bongkar stor diesel subsidi haram di Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA peralatan dan tangki yang digunakan sindiket untuk menyimpan serta memindahkan diesel bersubsidi dalam operasi bersepadu di sekitar Bintulu, baru-baru ini. Foto KPDN Bintulu

BINTULU: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa lokasi sekitar Bahagian Bintulu, baru-baru ini.

Ketua Cawangan KPDN Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata, operasi yang dijalankan sejak pertengahan Mac itu berjaya menghasilkan rampasan hampir RM3 juta, sekali gus menjadi antara terbesar setakat ini.

Menurutnya, serbuan dilakukan ke atas beberapa premis yang dipercayai dijadikan stor haram sebagai lokasi transit minyak diesel bersubsidi sebelum dijual ke pasaran gelap.

 TANGKI jenis IBC yang dipercayai digunakan sebagai tempat simpanan sementara diesel bersubsidi sebelum diseleweng ke pasaran gelap. Foto KPDN Bintulu

“Dalam operasi ini, pihak kami turut menyita sebuah lori tanker, sebuah kapal tangki, beberapa skid tank, tangki IBC serta beberapa kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan sindiket,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil risikan pihak PDRM serta kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Al Redzamani berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan berkaitan penyelewengan diesel melalui media sosial, e-aduan, WhatsApp dan panggilan telefon, selain aduan kekurangan bekalan diesel di pasaran.

SEBUAH kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai dengan tangki bagi tujuan pengangkutan diesel bersubsidi yang disita dalam operasi berkenaan serta tangki fleksibel dan peralatan pemindahan minyak yang ditemui dalam kenderaan, dipercayai digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel. Foto KPDN Bintulu

Katanya, situasi itu dipercayai berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat yang mendorong pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Sehubungan itu, KPDN Bintulu akan terus mempergiat pemantauan harian ke atas stesen minyak dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

Pemantauan merangkumi pemeriksaan buku log, stok serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan pematuhan undang-undang.

PEGAWAI penguat kuasa KPDN bersama PDRM menunjukkan dokumen berkaitan selepas operasi berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel di Bintulu. Foto KPDN Bintulu

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersekongkol dengan sindiket termasuk penggantungan atau pembatalan lesen operasi.

Continue Reading

Previous: Tujuh tangkapan kes dadah dilakukan di Lawas pada hujung minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.