Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Bersepadu Khazanah catat rampasan RM204 juta, 444 kes penyeludupan
  • JENAYAH

Operasi Bersepadu Khazanah catat rampasan RM204 juta, 444 kes penyeludupan

Utusan Sarawak 7 days ago
JELASKAN…Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin memberi penerangan pada sidang media Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri ke-18 hari ini.

SEMATAN: Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri ke-18 terus memperkukuh kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyeludupan hidupan liar dan hasil hutan dilindungi di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) berperanan sebagai platform strategik yang menyatukan kepakaran risikan dan tindakan lapangan pelbagai agensi dengan pelaksanaan operasi di pintu masuk udara, darat dan laut.

Sepanjang April hingga September 2025, sebanyak 444 kes tangkapan dan rampasan direkodkan melibatkan nilai keseluruhan lebih RM204 juta, termasuk rampasan dua ekor lutung, dua ekor siamang serta lebih 2,500 ekor kura-kura hidup.

Antara lokasi panas dikenal pasti ialah Selangor, Johor dan KLIA, manakala kesalahan tertinggi direkodkan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

DATUK Anis Rizana Mohd Zainudin.

Sindiket kini dikesan menggunakan taktik baharu seperti penghantaran kecil melalui bagasi penumpang, kurier dan outlet komersial. OBK kini memperluas penggunaan profiling risiko masa nyata dan pertukaran maklumat risikan antara agensi.

Kes berprofil tinggi termasuk rampasan 50 sumbu badak Afrika, penyeludupan telur penyu di Sarawak serta hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 terhadap tiga lelaki dalam kes Harimau Malaya di Johor.

OBK turut menyokong projek Selamatkan Harimau Malaya bagi memelihara spesies ikonik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap pemuliharaan biodiversiti negara.

Oleh Norman B.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera parah dipukul di Jalan Rantau Panjang, seorang suspek ditahan
Next: Lelaki rakam wanita mandi di Sibu, didenda RM4,000 dan penjara 14 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.