Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi bersama Sarawak Crocter, SFC tumpaskan buaya di Sebuyau
  • TEMPATAN

Operasi bersama Sarawak Crocter, SFC tumpaskan buaya di Sebuyau

Utusan Sarawak 3 hours ago
TANGKAP layar daripada video orang awam ketika buaya tersebut ditemui, hari ini.

SEBUYAU: Perangkap buaya yang dipasang oleh Sarawak Crocter dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) berjaya tumpaskan buaya viral ditemui orang awam di Ensengei.

Perangkap yang dipasang menggunakan umpan ayam itu adalah salah satu daripada 11 perangkap yang dipasang sepanjang Batang Sadong sejak operasi Sarawak Crocter bersama SFC bermula sejak tiga hari lepas.

Setakat hari ketiga, tiga buaya berjaya ditangkap melalui operasi bersepadu ini.

Menurut Pengasas Sarawak Crocter, Francis Chai, setakat ini, mereka berjaya menangkap buaya sepanjang enam kaki dan 14 kaki masing-masing pada hari pertama dan kedua operasi.

Difahamkan, operasi bersepadu ini digerakkan susulan kes serangan buaya yang melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun baru-baru ini di Batang Sadong.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LAKMNS perluas kerjasama strategik, jana pendapatan mampan
Next: Tahun Baru Cina semarak aspirasi perjuangan SUPP untuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.