Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • OpenAI perkenal dua model AI baharu yang boleh disuaikan
  • TEKNOLOGI

OpenAI perkenal dua model AI baharu yang boleh disuaikan

Utusan Sarawak 23 hours ago

SAN JOSE (California): Syarikat pembangun ChatGPT, OpenAI melancarkan dua model kecerdasan buatan (AI) baharu yang bersifat terbuka dan boleh disesuaikan serta dijalankan secara tempatan pada komputer riba, menurut syarikat itu pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dikenali sebagai ‘gpt-oss-120b’ dan ‘gpt-oss-20b’, kedua-dua model itu merupakan open-weight language models yang membolehkan pengguna mengakses parameter AI dan menyesuaikannya mengikut keperluan. Ia berbeza dengan bot ChatGPT yang dibangunkan berdasarkan model tertutup.

Model seumpama ini lazimnya digunakan oleh syarikat yang ingin melaksanakan AI khusus pada pelayan mereka sendiri.

OpenAI, bagaimanapun tidak mendedahkan data yang digunakan untuk melatih model-model baharu itu.

Model GPT-oss-120b boleh dijalankan pada kad grafik, manakala versi lebih ringan, GPT-oss-20b, boleh beroperasi pada komputer riba dengan RAM 16 gigabait, membolehkan OpenAI menawarkan model bahasa kepada lebih banyak peranti dengan pelbagai keupayaan.

Seperti alat AI penjanaan teks berasaskan AI yang lain, kedua-dua model ini juga mampu menulis kod dan menjalankan carian maklumat secara dalam talian apabila diarahkan.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pendidikan teknikal dan vokasional diperkasa melalui TECHON 2025 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.