Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • OpenAI lancar versi model GPT-5 yang dinaik taraf
  • TEKNOLOGI

OpenAI lancar versi model GPT-5 yang dinaik taraf

Utusan Sarawak 5 hours ago

SAN FRANCISCO: OpenAI pada Khamis melancarkan GPT-5.2, versi terbaharu yang dipertingkatkan bagi model kecerdasan buatan GPT-5, ketika persaingan dalam sektor AI terus memuncak, lapor Xinhua.

“GPT-5.2 Instant, Thinking dan Pro mula dilancarkan hari ini bermula dengan pelan Plus, Pro, Business dan Enterprise. Pengguna Free dan Go akan mendapat akses esok,” menurut kenyataan syarikat itu di platform media sosial X pada Khamis.

Menurut OpenAI, GPT-5.2 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik model berkenaan, sambil memaklumkan bahawa syarikat itu terus memperhalusi sistem serta menangani isu sedia ada bagi meningkatkan kegunaan modelnya.

Pelancaran itu dibuat berikutan prestasi kukuh Google dengan model AI Gemini 3 yang diperkenalkan pada November. OpenAI sebelum ini melancarkan GPT-5.1, versi dipertingkatkan GPT-5, pada bulan sama.

Pemerhati menyifatkan kekerapan pelancaran model baharu itu sebagai petunjuk tekanan persaingan yang semakin meningkat dalam industri AI.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Winning tempah sembilan kapal baharu di Sibu, bukti daya saing industri pembinaan kapal Sarawak
Next: 36 kakitangan JTS, DBKU terima sijil RCOC-B perkasa teknologi dron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.