Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • OPEC+ umum peningkatan pengeluaran minyak lebih pantas
  • SEMASA

OPEC+ umum peningkatan pengeluaran minyak lebih pantas

Utusan Sarawak 20 hours ago
GAMBAR hiasan.

VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, semalam mengumumkan keputusan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 548,000 tong sehari (bpd) bagi Ogos, iaitu peningkatan yang lebih pantas berbanding Julai, lapor Xinhua.

Pada Julai, negara-negara OPEC+ mencatat peningkatan pengeluaran sebanyak 411,000 tong sehari, selaras dengan pelan berperingkat untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran yang dilaksanakan sebelum ini.

Keputusan terbaharu itu dicapai dalam satu mesyuarat maya yang disertai negara-negara anggota termasuk Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman, menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi OPEC.

Pelarasan pengeluaran dibuat berdasarkan “unjuran ekonomi global yang stabil serta asas pasaran semasa yang kukuh, sebagaimana ditunjukkan melalui paras inventori minyak yang rendah,” menurut kenyataan itu.

–Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sokongan padu rakyat bukti kepercayaan terhadap GPS dan Kerajaan MADANI – Nanta
Next: Trent Alexander-Arnold kenang Diogo Jota ‘insan luar biasa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.