Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Tapis Narkotik: 177 individu ditahan sepanjang November di Sibu
  • JENAYAH

Op Tapis Narkotik: 177 individu ditahan sepanjang November di Sibu

Utusan Sarawak 1 hour ago
Seramai 117 individu telah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Foto kredit IPD

SIBU: Sebanyak 177 individu terdiri daripada 165 lelaki dan 12 wanita ditangkap sepanjang pelaksanaan Op Tapis Narkotik oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dari 1 November hingga semalam.

 
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata operasi dijalankan secara proaktif bagi mengekang aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini.

“Daripada jumlah itu, sembilan individu ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 11 orang di bawah Seksyen 12(3) akta sama, manakala 157 penagih ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kesemua tangkapan telah didakwa di mahkamah, termasuk sembilan individu yang berdepan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebat tiga hingga sembilan kali jika disabitkan di bawah Seksyen 39A(1).

“Bagi Seksyen 12(3), pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Sementara itu, kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) membawa hukuman denda maksimum RM5,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, selain pengawasan dua tahun di bawah Seksyen 38B,” jelasnya.

Operasi itu turut membawa kepada rampasan 60.30 gram syabu bernilai kira-kira RM6,650.

Zulkipli menegaskan, usaha memerangi aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah akan terus dipertingkatkan melalui tindakan berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui talian hotline JSJN 012-2087222 (Bukit Aman) atau 017-5929221 (JSJN Sarawak).

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 108 individu ditahan kes dadah di Meradong, 101 positif syabu
Next: Eksklusif: 17 pengedar antara 450 ditahan dalam Operasi Tapis Khas Narkotik Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.