Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Tapis Khas Narkotik: 98 ditahan, 20.98 gram syabu dirampas
  • JENAYAH

Op Tapis Khas Narkotik: 98 ditahan, 20.98 gram syabu dirampas

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITAHAN….Antara individu yang ditahan oleh pihak polis IPD Sarikei semasa Op Tapis Khas Narkotik. Foto IPD Sarikei

SARlKEI: Seramai 98 individu telah ditahan, manakala 20.98 gram dadah disyaki syabu bernilai RM2,307 berjaya dirampas dalam Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei dari 20 Oktober hingga 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitenden Aswandy Anis, berkata operasi proaktif itu dilaksanakan di kawasan Sarikei, Belawai dan Tanjung Manis.

“Sepanjang operasi, IPD Sarikei telah berjaya membuat tangkapan melibatkan seorang individu di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 17 orang di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952 dan 80 orang penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 98 orang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, 91 kes dibuka, melibatkan 94 lelaki dan empat wanita.

“Sejak Op Tapis Khas Narkotik ini dilancarkan bermula pada 20 Oktober sehingga 20 November lalu, seramai 86 orang telah didakwa di mahkamah.

“Hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan hendaklah penjara dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.

DITAHAN….Antara individu yang ditahan oleh pihak polis IPD Sarikei semasa Op Tapis Khas Narkotik. Foto IPD Sarikei

“Hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 12(3) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Tambahnya, manakala hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atai kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun dibawah Seksyen 38B ADB 1952.

“Pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta tampil dan menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan 017-59292211 (JSJN Sarawak),” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan curi kabel dan pam air bernilai RM60,000 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.