Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Op Remove di Sungai Batang Krian diteruskan pada hari kedua
  • Tengah
  • WILAYAH

Op Remove di Sungai Batang Krian diteruskan pada hari kedua

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANGGOTA operasi sedang menjalankan pemantauan rapi dan pemeriksaan umpan yang dipasang di beberapa lokasi berisiko di sekitar Sungai Krian dan anak sungainya. Foto: APM Saratok

SARATOK: Operasi pengurangan populasi buaya di Sungai Batang Krian atau dikenali sebagai ‘Op Remove’ diteruskan pada hari kedua dengan penglibatan bersepadu pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, operasi itu bertujuan mengurangkan risiko serangan buaya terhadap komuniti setempat dan memastikan keselamatan awam.

Operasi ini melibatkan kerjasama erat antara APM Daerah Saratok, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta RELA Daerah Saratok.

Anggota operasi menjalankan pemantauan rapi dan pemeriksaan umpan yang dipasang di beberapa lokasi berisiko di sekitar Sungai Krian dan anak sungainya.

OPERASI ini bukan sahaja fokus kepada pengurangan populasi buaya, tetapi juga pendidikan dan kesedaran keselamatan kepada masyarakat tempatan. Foto: APM Saratok

Tindakan ini dilakukan secara berperingkat bagi memastikan populasi buaya dapat dikawal dengan berkesan.

Sepanjang pelaksanaan operasi hari kedua, keadaan dilaporkan terkawal dan selamat. Tiada sebarang insiden kecemasan atau serangan buaya terhadap penduduk direkodkan.

APM Saratok menekankan bahawa operasi ini bukan sahaja fokus kepada pengurangan populasi buaya, tetapi juga pendidikan dan kesedaran keselamatan kepada masyarakat tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan bersepadu ini membolehkan setiap agensi bertindak secara koordinasi, memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam pemantauan dan kawalan hidupan liar.

APM Daerah Saratok akan terus komited membantu agensi berkaitan sehingga operasi selesai, memastikan keselamatan komuniti di kawasan berisiko terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM Debak tangkap buaya tujuh kaki ceroboh kolam ikan
Next: APM Debak tangkap ular sawa batik di Tadika KEMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.