Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
  • JENAYAH

Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan

Utusan Sarawak 10 months ago
SERAMAI 27 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dalam Ops Bersepadu Pintas Mega di sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek, hari ini. Polis telah berjaya menyelamatkan seorang mangsa bawah umur disyaki dieksploitasi untuk bekerja di kilang pada serbuan tersebut. Operasi yang diketuai sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D7 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut disertai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Perak dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak. FotoBERNAMA

IPOH: Seorang remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di sebuah kilang memproses bahan kitar semula di Kawasan Perindustrian IGB Tasek di sini, hari ini.

Dalam serbuan Ops Pintas Mega sekitar 3.30 petang itu yang turut disertai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama polis, seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Operasi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Perak .

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan malam ini berkata seorang lelaki tempatan berperanan sebagai pengarah syarikat berusia 49 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta menggaji pekerja asing tanpa permit.

Katanya, JAS Perak turut mengambil tindakan ke atas kilang tersebut kerana tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Next: Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta: Polis ambil keterangan bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.